AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 184 (12 FEBRUARI 2016 M / 4 JAMADILAWAL 1437 H)
SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz, Nak tanya ustaz. Kalau duit yang kita ambil selepas itu kita dah bertaubat tapi henda pulangkan dekat orang tu kita malu nak jumpa. Macam manA nak buat ye ustaz? Boleh tidak kita letak balik duit itu tanpa pengetahuan org yang kita curi tu?
Terima Kasih.
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Boleh, yang penting ialah saudara memulangkan harta yang diambil itu kepada pemilik asalnya dengan apa cara sekalipun. Saudara juga hendaklah beriltizam dengan taubat tersebut dan menyedari dengan insaf bahawa perbuatan mengambil harta tanpa hak itu besar dosanya dan berat kesannya di dunia dan di akhirat.
Wallahua`lam.