اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #1973: BOLEHKAN LELAKI AJNABI MEMEGANG RAMBUT WANITA YANG TELAH DIPOTONG

HUKUM_LELAKI_AJNABI_MEMEGANG_RAMBUT_WANITA_YANG_TELAH_DIPOTONG.jpg

 

 

SOALAN                    

Assalammualaikum. Saya menyapu kawasan kaki lima di depan kedai gunting muslimah, pada masa sama saya pegang rambut yang gugur dengan sangkaan yang kuat itu rambut wanita. Adakah termasuk saya memegang aurat wanita? Mohon pencerahan SS Datuk Mufti.

Ringkasan Jawapan:

Rambut wanita ajnabi adalah aurat sama ada yang masih bersambung dengan anggota mahupun yang terpotong. Oleh itu, aurat bagi rambut wanita yang terpotong itu haram dipegang dan juga wajib disembunyikan dengan apa-apa cara sekalipun agar tidak terdedah kepada lelaki ajnabi.

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Larangan bersentuhan antara lelaki dan perempuan berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ma’qil bin Yasar RA beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

لأَن يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطِ مِنْ حَدِيدٍ خَيرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأةً لَا تَحِلُّ لَهُ

Maksudnya: Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik baginya berbanding dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram).

Riwayat Al-Thabrani, Mu’jam Al-Kabir (20/211)

Menurut Sheikh Zainuddin al-Malibari, keseluruhan anggota wanita ajnabi yang haram dilihat, maka haram pula disentuh tanpa lapik kerana menyentuhnya lebih lazat. Begitu juga, haram memegang wajah wanita ajnabi secara mutlak walaupun boleh melihat. Bukan sekadar itu sahaja, anggota yang terpisah haram juga dipegang seperti potongan kuku tangan, atau kaki dan rambut wanita. Anggota tersebut juga wajib disembunyikan,[1]

Oleh yang demikian, aurat yang boleh didedahkan  walaupun wajah wanita   tetap tidak boleh disentuh. Bahkan rambut yang terpotong juga dikira aurat yang tidak boleh disentuh oleh lelaki ajnabi.

Wallahu A'lam

 

Rujukan: 

[1] Al-Malbariy. Zainuddin Abd Aziz, ( t.th) Fath al-Mu’in Bi Syarh Qurrat al-Ain Bi Muhimmat Al-Din, Dar Ibn Hazam. P: 447

وحيث حرم نظره حرم مسه بلا حائل لأنه أبلغ في اللذة.نعم: يحرم مس وجه الأجنبية مطلقا وكل ما حرم نظره منه أو منها متصلا حرم نظره منفصلا: كقلامة يد أو رجل وشعر امرأة وعانة رجل فيجب مواراتهما.