اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

IRSYAD AL-FATWA KE-65: MAKSUD DAN MAKNA TALBIAH

 

SOALAN

Apakah maksud dan makna talbiah?

 

JAWAPAN

Allah SWT mensyariatkan bagi yang melakukan ibadat haji memulakan rehlah iman ini dengan hati yang ikhlas, seperti yang terangkum di dalam talbiah.

            Syiar ini menggambarkan keadaan umat Islam untuk beriltizam dengan tauhid yang ikhlas kerana Allah. Penjelasan maksud talbiah digambarkan sebagaimana berikut:

 

Makna Talbiah

Al-Qhadhi berkata: “Al-Mazini berkata: Talbiah ditathniahkan (dua) untuk tujuan banyak. (لَبَّا – لَبَّيانِ) Ianya juga digambarkan sebagai bentuk mubalaghah.”

            Maksudnya: “Aku menyahut selepas sahutan dan melazimi untuk taatkan-Mu. Ditathniahkan (dua kali) untuk taukid (sebagai penguat), bukan semata-mata tathniah pada hakikatnya.

            Yunus bin Habib al-Misri berkata: لَبَّيْكَ ialah nama bagi isim mufrad yang bukan muthanna. Katanya: Alifnya ditukar kepada ya’ kerana bersambung dengan dhamir, seperti لَدَى.

            Mengikut mazhab Sibawaih, ia muthanna kerana dalil bertukarnya ya’ yang dizahir kerana ramai ulama sependapat dengan Sibawaih.

            Ibn al-Anbari berkata: Mereka mentathniahkan لَبَّيْكَ sebagaimana mereka mentathniahkan حَنَانيكَ, iaitu تَحَنُّنًا بَعْدَ تَحَنُّنٍ.

            Asal لَبَّيْكَ ialah لَبَّتُكَ. Mereka menjama’kan antara tiga ba’. Justeru, ditukar yang ketiga dengan ya’, seperti mereka kata اَلظَّنْ – تَظَنَّيْتُكَ. Asalnya ialah perkataan تَظَنَّنْتُ.

            Mereka juga berlaku khilaf bagi makna لَبَّيْكَ dan isytiqaqnya, antaranya:

  • Matlamatkan dan qasadkan kepada-Mu.
  • Mahabbahkan dan cintakan.
  • Ikhlas untuk-Mu semata-mata.
  • Aku muqim dan menutup ke atas ketaatan kepada-Mu. Ibn al-Anbari berkata: “Menghampiri dengan-Mu dan taatkan-Mu.”
  • Abu Nasr berkata: “Aku menyahut di hadapan-Mu atau tunduk.”

 

 

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

20 Syawal 1436H bersamaan 05 Ogos 2015