اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

IRSYAD AL-FATWA KE-67: SOLAT QABLIYYAH DAN BA’DIYAH JUMAAT

SOALAN

Apakah kedudukan solat Qabliyyah dan Ba’diyah Jumaat?

 

JAWAPAN

Para ulama sepakat mengatakan solat sunat setelah solat sunat Jumaat adalah sunat dan termasuk Rawatib Ba’diyah Jumaat, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Bukhari:

 

Maksudnya: “Diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW berkata “Jika salah seorang diantara kamu solat Jumaat, hendaklah solat empat rakaat sesudahnya.”

Mengenai solat sunat sebelum solat Jumaat terdapat dua kemungkinan:

Pertama: Ia adalah solat sunat mutlak, hukumnya sunat. Waktu perlaksanaannya berakhir ketika imam mula berkhutbah.

Kedua: Solat sunat Qabliyyah Jumaat, para ulama berbeza pendapat tentangnya:

  • Solat Qabliyyah Jumaat adalah sunat. Ini adalah pendapat Imam Abu Hanifah, Syafi’yyah (menurut pendapat yang dalilnya lebih kuat) dan Hanabilah (dalam riwayat yang tidak masyhur.
  • Solat Qabliyyah Jumaat tidak disunatkan. Ia adalah pendapat Imam Malik, sebahagian Hanabilah (dalam riwayat yang masyhur).

 

Walaupun begitu, bagi sesiapa yang ingin melakukannya sebelum solat Jumaat adalah amat baik seperti Mazhab Syafie.

 

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

27 Syawal 1436H bersamaan 12 Ogos 2015