اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

IRSYAD AL-FATWA KE-40: BERIBADAT SELEPAS ASAR PADA HARI JUMAAT TERAKHIR RAMADHAN (JAWAPAN KEPADA YANG DIKATAKAN HADIS)

Saya telah menerima banyak pertanyaan dengan isu solat kifarah dan mengqada’ solat lima waktu selepas solat Jumaat Ramadan terakhir hingga sebelum waktu Asar.

Jawapan saya begini:

  • Kenyataan menyebut pesanan guru ustaz bersifat majhul. Justeru ia tidak disandarkan kepada seseorang secara khusus.
  • Jika disandarkan kepada seseorang hendaklah dilihat kepada sanadnya yang bersambung atau tidak.
  • Jika sanadnya bersambung dilihat sama ada ianya benar-benar thiqah dan tidak ditarjihkan pada perawi yang meriwayatkannya.
  • Kenapa Jumaat terakhir Ramadan sedangkan qada’ perlu disegerakan bukan menanti tempoh yang terakhir daripada bulan Ramadan.
  • Seolah-olah qada’ solat selama 400 tahun memberi ruang kepada kita untuk menggantikan solat dan qada pada Jumaat terakhir Ramadan boleh menghapuskanya. Ini adalah tidak bertepatan dengan maksud disuruh kita menunaikan solat dalam waktunya.
  • Mengenai solat kaffarah, di sini tidak terdapat dalam nas yang Justeru, ianya ditolak.
  • Menisbahkan kepada sahabat seperti Abu Bakar, Saidina Ali tanpa disertakan dengan sanad yang
  • Soheh adalah bercanggah dalam disiplin ilmu hadis. Cukuplah kenyataan Imam al-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmuah (hal. 54), untuk menunjukkan batil dan dustanya hadis tersebut.
  • Kenyataan Baginda untuk kedua orang tua, untuk isteri, untuk anak serta sanak keluarganya adalah bercanggah dengan maksud ibadat solat badaniah yang hanya untuk diri sendiri mengikut pendapat yang paling masyhur dan

 

Akhir kalam, saya teringat pesanan guru kami Fadilatul Syeikh al-Allamah Abdul Qadir ar-Arnauth iaitu tanda pengenalan hadis palsu dan bohong adalah bersifat melampau, tidak logik dek akal, amalannya sedikit tetapi ganjarannya amat luar bisa dan melebihi yang fardhu pula.

Mudah-mudahan Allah pelihara kita dari mengikut jalan yang batil seperti berpandukan dengan hadis yang batil.

 

 

 

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

23 Ramadan 1436H bersamaan 10 Julai 2015