اختيار اللغة:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

IRSYAD AL-FATWA KE-10: KETAGIHAN VIDEO LUCAH

Assalamualaikum, Sahibus Samahah Mufti. Saya merupakan seorang mahasiswa di universiti tempatan. Rakan sebilik saya sering melihat video-video porno dan saya sukar untuk mengelakkan perkara tersebut. Soalan saya, apakah kesannya terhadap amalan dan ibadah kita melihat wayang-wayang sebegini dan bagaimana untuk mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku lebih-lebih lagi dalam bulan puasa ini?

Jawapan:

Haram melihat aurat orang lain apatah lagi yang lucah atau porno. Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧﴾

Maksudnya: Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.

(Surah al-Mu’minun: 5-7) 

 Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi  di dalam bukunya Al-Taubah Ilallah telah menukilkan tulisan Ibn Qayyim dalam al-Jawab al-Kafi li Man Saala al-Adawa’ al-Syafi berkenaan kesan dan pengaruh maksiat. Antaranya ialah:

  • Terhalang dari mendapat ilmu
  •  Terhalang dari rezeki yang murah.
  • Merasa jauh dari rahmat Allah.
  • Merasa terpinggir dari hubungan sesama manusia.
  •  Segala urusan menjadi sukar dan sulit
  •  Hati menjadi gelap.
  • Terhalang dari melakukan ketaatan
  •  Boleh memendekkan umur seseorang.
  • Mengheret kepada kemungkaran yang lain.
  • Melemahkan ransangan ketaatan.
  • Merasa bangga dengan maksiat. 
  • Mendapat penghinaan dari Allah.
  • Menganggap kecil terhadap maksiat kepada Allah.
  • Kesan buruk maksiat terhadap semua makhluk yang bernyawa.
  • Menyebabkan kehinaan di kalangan manusia.
  • Boleh melemahkan akal fikiran.
  • Menyebabkan hatinya tertutup dan mati.
  • Boleh mengundang banyak laknat.
  • Terhalang dari mendapat doa Nabi dan malaikat.
  •  Melemahkan perjalanan hati kepada Allah.
  • Boleh menghilangkan banyak nikmat.
  • Boleh mengabaikan diri sendiri.
  • Merasakan kehidupan seolah-olah menjadi sempit

Untuk mengelakkan perkara tersebut, hendaklah memberi nasihat, peringatan di samping melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar. Gantikan amalan tersebut dengan membaca al-Quran atau mendengar ceramah agama yang bermanfaat. Elakkan duduk bersendirian dan cuba bersahabat dengan sahabat yang boleh membawa ke arah kebaikan. Wallahua'lam

Akhukum Fillah,

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan