Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Apakah empat perkara yang menyatukan umat Islam?

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 153 (14 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 4 RABIULAKHIR 1437H)

SOALAN

Assalamualaikum wbt, 

Mohon pencerahan Tuan mufti.  Apakah 4 perkara yang menyatukan umat islam dan ditakuti orang kafir? Terima kasih.

 

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

 

Waalaikumussalam wbt, Wallahua`lam. Kami tidak begitu pasti penetapan 4 perkara seperti itu. Mungkin secara umumnya empat perkara itu ialah: * al-Quran. Kitab agung ini ialah punca dustur yang menggesa kepada kesatuan. Berapa banyak ayat Allah yang berbicara tentang kesatuan manusia atas dasar tauhid mutlak semata-mata kepada Allah. * al-Sunnah. Rasulullah SAW ialah model terbaik untuk diikuti secara bersama oleh setiap manusia dalam menterjemahkan kalam Allah dalam al-Quran dalam konteks kehidupan manusia. * Ta`awun. Konsep tolong-menolong sesama manusia tanpa mengira warna kulit, ideologi dan taraf sosial ialah elemen penting dalam rangka perpaduan menurut Islam. Dalam sebuah hadis. Dikatakan Rasulullah SAW bersabda:

من لم يهتمَّ بأمر المسلمين فليس منهم

Maksudnya: Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang Islam maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.

*Ibadat. Peranan solat, haji dan zakat yang dilakukan secara  berjemaah menzahirkan rasa kebersamaan dan kesatuan yang sebenarnya boleh menggerunkan hati para musuh Islam dan menambah jati diri Muslim. Wallahua`’lam.

 

Ps: Soalan ini telah dijawab oleh S.S. Datuk Mufti dalam siaran slot Medan Fatwa, Cinta Ilmu di TV al-Hijrah.