Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

×

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 86

AL-KAFI #416 : BEZA ANTARA FAKIR DAN MISKIN

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 416 (27 OKTOBER 2016 M / 26 MUHARRAM 1438 H)

SOALAN:

Mengapa Allah SWT bezakan antara fakir dan miskin di dalam Al-Quran semasa menyebutkan tentang asnaf zakat?

 

JAWAPAN:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Dalam satu pendapat mengatakan bahawa miskin itu lebih susah keadaannya dari fakir. Ini adalah pendapat al-Malikiyyah dan masyhur di sisi al-Hanafiah. Pendapat yang lain mengatakan bahawa fakir lebih susah keadaannya dan ini adalah pendapat al-Syafi’eyyah dan juga al-Hanabilah. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa fakir dan miskin itu sama sahaja dan ini adalah pendapat Abu Yusuf al-Hanafi dan Ibn al-Qasim al-Maliki dan ini pada hakikatnya menyelisihi jumhur.

[Lihat Fiqh al-Zakah oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, 2/10-12]

Adapun yang masyhur yang digunakan kebanyakan pusat zakat di Malaysia adalah pendapat al-Syafi’eyyah dan juga al-Hanabilah yang mengatakan bahawa keadaan fakir itu lebih susah daripada miskin. Oleh itu, fakir dan miskin sepertimana yang telah disepakati takrifannya serta digunapakai dalam penentuan asnaf adalah seperti berikut:

  • Fakir: Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.
  • Miskin: Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

Wallahu a’lam.


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+