Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #370 : ADAKAH JATUH TALAK JIKA ISTERI MENGAKU JANDA ATAU BUJANG?

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 370 (30 OGOS 2016 M / 27 ZULKAEDAH 1437 H)

SOALAN:

Assalamulaikum ss datuk mufti wp.saya ada satu soalan nak tanya datuk.seorang isteri yg masih ada suami, nak mohon pinjaman kereta di bank.dalam borang permohonan pinjaman bahagian status perkahwinan di isi JANDA.ini kerana atas nasihat pihak bank.bila bahagian status di isi JANDA maka ruangan pasangan nya aitu SUAMI tidak perlu di isi kerana status nya JANDA.ini di lakukan kerana pihak bank tanya adakah suami puan mempunyai rekod-rekod kewangan BURUK spt blacklist, ctos,ccris,muflis sekarang dan yang lamapu.kata pegawai bank jika puan letakan juga nama suami puan di ruangan dalam borang permohonan maka pihak bank akan dapat perika ststus suami puan dengan detail dan bila pihak bank tahu status suami puan seperti saya nyatakan di atas maka pihak bank akan tolak permohonan penjaman kereta itu.persoalannya apakan hukum atas perkara ini dan apakah jatuh TALAK isteri tersebut kerana meletakkan status JANDA di ruangan status perkahwinan di borang permohonan pinjaman itu kadang kala di telakkan status BUJANG walaupun wanita itu sudah bersuami.jika letak bujang adakah jatuh TALAK nya jua letak JANDA akan jatuh TALAK nya.mohon penjelasan tuan mufti.wassalam

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

1) Tidak jatuh talak kerana datangnya daripada isteri dan bukannya suami.

2) Perbuatan sebegitu dianggap memalsukan dokumen.

Wallahua'lam.