Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI#246 : TUNAIKAN BAUCAR SECARA BERTANGGUH

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 246 (12 APRIL 2016 M / 4 REJAB 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum Tuan Mufti,

Apa hukum tukar baucer buku dengan duit ringgit secara bertangguh?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud ‘baucar’ antaranya ialah: ‘dokumen yang boleh ditukarkan dengan barang-barang atau perkhidmatan tertentu’.

Manakala Baucar Buku BB1M yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam “Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) 2016 Kepada Pelajar Dan IPT, baucar buku ini digunakan bagi ‘tujuan pembelian buku-buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah serta merangkumi segala jenis bahan bacaan yang memberi manfaat dan berkaitan dengan bidang pengajian pelajar sahaja.’

Pada asalnya, menukarkan baucar dengan duit secara bertangguh tidak membawa kepada hukum haram. Sebaliknya, yang salah ialah menggunakannya bagi tujuan selain daripada buku.

Namun, berdasarkan garis panduan di atas, adalah menjadi kesalahan menukarkan baucar ini kepada tunai dan kesan penyalahgunaan ini akan ‘dikenakan tindakan senaraihitam dan tidak akan diberikan kemudahan dalam menyertai program BB1M pada masa hadapan.’

Wallahua`lam.