Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

TEMUDUGA TAULIAH MENGAJAR AGAMA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN SIRI 2/2021

LABUAN, 9-10 MAC 2021- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan (PMWPL) telah mengadakan sesi temuduga semula kepada pemegang tauliah mengajar agama Islam Wilayah Persekutuan bertujuan untuk memastikan tenaga pengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan sentiasa berkompetensi dan dikawal selia.

Temuduga yang diadakan ini juga adalah selaras dengan Seksyen 96(3) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1993. Menurut kaedahnya, telah ditetapkan mana-mana individu yang ingin mengajar agama Islam hendaklah memiliki tauliah mengajar Islam.

Pada siri 2/2021 ini, seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) telah ditemuduga oleh panel-panel yang dilantik oleh PMWP. Temuduga yang dikendalikan oleh Unit Istinbat PMWPL dengan kerjasama Unit Istinbat di Ibu Pejabat telah dijalankan melalui medium Google Meet berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Wilayah Persekutuan Labuan.