Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

TEMUDUGA TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 3/2021 SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

PUTRAJAYA, 30-31 MAC 2021- Temuduga Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Siri 3/2021 berlangsung secara atas talian (Online) dari Dewan Syura dan Perpustakaan Baitul Hikmah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP).

Temuduga ini bertujuan untuk menilai kelayakan pemohon sebelum diberi tauliah mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan yang tertakhluk dengan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993: Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Tauliah Mengajar Agama Islam) 2006.

Panel penemuduga yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Datuk Abdul Aziz bin Che Yacob, Pesara Pegawai Istana Negara.
2. Tuan Haji Mohd Marngi bin Wasim, Mantan Penolong Pegawai Hal EhwaL Islam.
3. Ustaz Hassan Alfadhli bin Abdul Rahman, Ketua Imam Masjid al-Firdaus, Segambut.
4. Ustaz Nazarudi bin Mohd Nadzir, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam PMWP.