Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM TAHSIN AL-QURAN SIRI 1&2 TAHUN 2021

LABUAN, 3-4 APRIL 2021- Unit Istinbat, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan (PWMPCL) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Tahsin Al-Quran Siri 1 & 2 bertempat di Sekolah Rendah Agama Alamuddin, Kampung Sungai Bedaun.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk memberikan kefahaman berkaitan hukum tajwid dan memperbaiki kelancaran bacaan Al-Quran khusus untuk pemegang tauliah mengajar dalam kalangan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Labuan.

Program dimulakan dengan sesi ulangkaji ringkas berkenaan dengan makhraj-makhraj huruf dan penekanan kepada beberapa hukum tajwid penting di dalam Al-Quran yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Muazul Amin Bin Mohd Adlan dan Ustazah Halimatul Saadiah Binti Ghazali dari PMWPCL.