Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MENYANTUNI WARGA KERJA PMWP YANG TERJEJAS BENCANA BANJIR

SELANGOR, 22 DISEMBER 2021 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dengan kerjasama Badan Kebajikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (BAKSWIP) menyantuni warga kerja PMWP yang terjejas dengan bencana banjir di sekitar kawasan Banting, Hulu Langat, Subang, Sepang, Puchong dan Shah Alam. Pergerakan lawatan ini dipecahkan kepada beberapa kumpulan bagi menyampaikan sumbangan dan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada mereka yang terjejas.

Turut bersama-sama dalam misi kali ini ialah SS Datuk Dr. Mufti Wilayah Persekutuan, pengerusi BAKSWIP dan para pegawai PMWP. Semoga mereka yang terjejas diberi kesabaran dan memperoleh perlindungan Allah Subhanahu wa Ta'ala.