Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM BAHTH MASAIL PMWP SIRI-2

PUTRAJAYA, 20 APRIL 2022 – Alhamdulillah perancangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Buhuth untuk mengadakan program Baht Masail Siri-2 iaitu sambungan kepada Siri-1 yang diadakan pada 14 April  2022 lalu menjadi kenyataan dan telah mencapai keputusan yang dipersetujui bersama.

Pengalaman pertama mengadakan Baht Masail ini telah banyak mengajar para peserta melakukan perbahasan ilmiah bagi sesebuah topik yang dipilih secara tuntas lagi mendalam dengan dipandu seorang mursyid seagai musahhih.

Jutaan terima kasih sekali lagi kepada Maulana Manan Lubis bin Kasri (Madrasah al-Musthofa) selaku musahhih, Ustaz Lokman Hakim bin Ahmad sebagai moderator dan juga Ustaz Muhammad Fadziluddin Ibrahim dengan dibantu dua orang penyelidik sebagai perumus. Tahniah juga diucapkan kepada kesemua 17 orang penyelidik Unit Buhuth yang telah mengambil bahagian secara aktif di dalam program kali ini.

InsyaAllah siri Baht Masail ini akan diteruskan selepas ini dengan topik semasa yang lain pula.

 

 


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+