Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS BICARA MUFTI DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1443H/2022M

PUTRAJAYA, 24 MEI 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah menganjurkan Majlis Bicara Mufti Dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022M di Ibu Pejabat, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 24 Mei 2022. Majlis dimulakan dengan acara bicara mufti yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

SS Datuk Dr. Luqman turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan tahniah kepada semua warga Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan atas penganjuran majlis ini. Majlis diteruskan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022M dengan kehadiran tetamu jemputan. Pelbagai juadah raya disediakan bagi maraikan sambutan majlis tersebut. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kehadiran tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi suasana majlis.