Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL SEMAKAN BAHAN TERBITAN PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 3/2022

PULAU PINANG, 30 JUN 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Bahagian Sumber Maklumat (BSM) telah mengadakan Bengkel Semakan Bahan Terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Siri 3/2022 pada 30 Jun 2022 di Hotel Bahang Bay, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Bengkel semakan ini telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan dan dihadiri seramai 25 orang pegawai PMWP.

Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk membuat semakan dan pengharmonian bahan-bahan terbitan PMWP seperti Buku Akidah Muslim dan Kekeliruan Dalam Bidang Ilmu Hadis mengikut garis panduan PMWP yang telah ditetapkan. Selain itu, taklimat berkaitan kaedah penulisan dan pembahagian tajuk yang akan dimasukkan dalam bahan bacaan berkaitan Ramadan terbitan PMWP pada tahun hadapan juga telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan) bagi menyahut hasrat SS Datuk Dr. Luqman bin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga dengan pelaksanaan bengkel ini dapat menghasilkan bahan terbitan ilmiah yang berkualiti dan terbaik sebagai sumber rujukan bagi ummah sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

 

 


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+