Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)

PUTRAJAYA, 25 OGOS 2022 – Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah mengunjungi YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hall Ehwal Agama) pada 25 Ogos 2022 di pejabatnya.

Dalam pertemuan tersebut, SS Datuk Dr. Mufti memaklumkan perkembangan dan pencapaian terkini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) termasuk berkenaan jemputan Darul Ifta Mesir kepada PMWP sebagai urus setia bagi pelaksanaan Kursus Darul Ifta Mesir kepada peserta-peserta daripada Jabatan/Pejabat Mufti Negeri-Negeri, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan beberapa wakil daripada universiti tempatan. Pelaksanaan kursus tersebut adalah untuk berkongsi pandangan dan menimba ilmu berkaitan fatwa di Malaysia kepada para peserta yang hadir. YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad turut berharap agar kursus tersebut dapat meningkatkan martabat profesionalisme para mufti dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Malaysia serta meningkatkan Jabatan/Pejabat Mufti ke peringkat antarabangsa.

 

 


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+