Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

SESI TAZKIRAH DI KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 21 MAC 2023 -  Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan telah mengadakan tazkirah di ambang  Ramadan al-Karim di Kementerian Kewangan Malaysia semalam. Turut bersama-sama mengiringi Timbalan Mufti, Encik Ahmad Noor Syaiful Azmi bin Mohammad Noor, Pegawai Tadbir Diplomatik Bahagian Khidmat Sokongan PMWP ke kementerian tersebut. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dr Selvaraj Ramasamy Abdullah, Ketua Seksyen Monetisasi Aset, Kementerian Kewangan.

Tazkirah yang julung kali diadakan berjalan selama lebih kurang sejam yang bertujuan untuk berkongsi dan mengingati semula tatacara dan amalan berpuasa menjelang menyambut Ramadan yang bakal ia dalam beberapa hari lagi. Selain itu, Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali juga berkesempatan mempromosikan program dan aktiviti menarik seperti Klinik Hukum yang dianjurkan oleh PMWP. Kementerian Kewangan Malaysia juga menyambut baik hasrat tersebut dan menyatakan agar kerjasama yang lebih erat dapat dilaksanakan antara Kementerian Kewangan Malaysia dan PMWP.