Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KERJA CADANGAN MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN HUKUM SYARAK WILAYAH PERSEKUTUAN BIL.1/2023

PUTRAJAYA, 7 APRIL 2023 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Unit Istinbat telah mengadakan Bengkel Penyediaan Kertas Kerja Cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Bil.1/2023 di Masjid Putra, Putrajaya semalam. Program ini telah melibatkan semua pegawai penyelidik Unit Buhuth dan turut dihadiri beberapa wakil daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP).

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan garis panduan dan format dalam penyediaan kertas cadangan fatwa sebelum dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bagi mendapatkan pandangan dan keputusan fatwa oleh ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan. Perkongsian maklumat berkaitan penyediaan kertas cadangan fatwa ini telah disampaikan oleh Sahibul Fadilah Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan) dan Sahibul Fadilah Ustaz Eizzul A’la bin Bajuri@Mohamad, Penolong Mufti Unit Istinbat.