Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PERTEMUAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA DUTA BESAR REPUBLIK ARAB MESIR

KUALA LUMPUR, 10 MEI 2023 – Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan mengunjungi H.E. Ragai Tawfik Said Nasr, Duta Besar Republik Arab Mesir di Kedutaan Mesir Malaysia, Kuala Lumpur hari ini. Turut bersama-sama hadir ke pertemuan tersebut Sahibul Fadilah Dr. Syed Shahridzan bin Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti (Bahagian Penyelidikan).

Pertemuan yang diadakan adalah bagi membincangkan pelaksanaan Kursus Darul Ifta Mesir dengan kerjasama antara Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dan Kedutaan Mesir Malaysia. Semoga perbincangan yang diadakan dapat direalisasikan dengan sebaiknya dan membawa manfaat kepada semua pihak.