Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PERJUMPAAN STAF PMWP DAN MUFTI SEBELUM BERANGKAT SEBAGAI PENASIHAT HAJI

RABU | 2 SEPTEMBER 2015 - Satu perjumpaan ringkas diadakan antara staf PMWP dan Sahibus Samahah Datuk Mufti Dr. Zulkifli bin Mohamad a-Bakri di Dewan Ifta' sempena keberangkatan beliau ke tanah suci sebagai penasihat para jemaah haji atas lantikan Lembaga Tabung Haji. Datuk Mufti berpesan kepada staf-staf agar sentiasa menuruti arahan Timbalan Mufti, Ustaz Che Mat bin Che Deraman sepeninggalan beliau sehingga 30 September ini. Beliau juga berpesan agar sentiasa menjaga semangat kerjasama dan toleransi antara semua bahagian agar amanah sebagai penjawat awam dapat dijalankan dengan jayanya. Majlis berakhir dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Mustaqim bin Muhamood @ Fauzi. 


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+