Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

QALAM MUFTI #13 : KEBERSIHAN DAN PENGISLAHAN TABUNG HAJI DI ARAFAH

 

Pada musim haji kali ini, Tabung Haji (TH) melalui ketua rombongannya Ybhg Dato’ Seri Syed Soleh Bin Syed Abdul Rahman telah menggerakkan kempen kebersihan kepada Jemaah haji Malaysia di Arafah dan Mina

Ia kemudiannya telah disempurnakan dengan perasmian dan pelancaran oleh YB Dato’ Haji Mujahid Bin Haji Yusuf Rawa sebelum bermulanya acara manasik haji di Arafah.

Natijahnya, Jemaah haji Malaysia telah menunjukkan satu sikap luar biasa dalam melaksanakan kebersihan. Ia menjadi bukti bahawa sikap boleh diubah jika digerakkan melalui kepimpinan dan contoh serta kempen atau dakwah  yang sesuai dengan matlamat tersebut.

Alhamdulillah, cukuplah gambar yang berbicara berkenaan kebersihan di Kawasan Jemaah haji Malaysia. Syabas Duyufur Rahman, haji-haji dan hajah-hajah dari Malaysia.

Insyaallah, akhlak yang mulia ini dan tindakan seperti ini perlu dijana dan digerakkan dari semasa ke semasa.

Saya yakin jika ini boleh dilakukan di Arafah, mengapa tidak di tanah watan, di tempat kerja ,di kediaman sendiri bahkan di mana sahaja. Ingatlah, kebersihan adalah cerminan lambang keperibadian seseorang dan bangsa.

Tahniah dan syabas atas kempen yang amat berjaya.

 

Gambar menunjukkan keadaan khemah jemaah haji Malaysia di Arafah