Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Majlis Persaraan Ketua Penolong Mufti

Pada 19 Jun 2017 besamaan 24 Ramadan 1438 bertempat di PMWP Putrajaya, telah diadakan Majlis Persaraan Ketua Penolong Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Sahibul Fadhilah Ustaz Haji Omar bin Mehat. Pada tarikh tersebut, genap usia perkhidmatan beliau dalam sektor awam selama 33 tahun 21 hari. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan dengan ucapan penghargaan dan penyampaian sijil penghargaan Jabatan serta hadiah. Majlis tersebut diserikan lagi dengan majlis jamuan berbuka puasa di Floria Putrajaya yang dihadiri oleh warga PMWP bersama ahli keluarga.

 


Cetak   Emel
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+