Pilihan Bahasa:

hubungi2maklumbalas2peta2

AHMAD FUAD BIN AMRAN

KartiniPROFIL

1.  Bidang Kepakaran Utama

      • Kemahiran Fatwa Syarie' (Pengkhususan Sarjana)
      • Tafsir dan Usuluddin
      • Turath Fiqh (Pengajar Kitab Fiqh Klasik seperti Mughni al-Muhtaj dan I’anah al-Talibin)
      • Hadith (Pengajar Hadith 40 Imam al-Nawawi, Syamail Muhammadiyah, dan Mukhtasar Sahih Bukhari) 

2.  Peranan Utama Berkaitan Fatwa/Hukum

      • Sarjana Kemahiran Fatwa Syarie' dari Pusat Fatwa Republik Arab Mesir
      • AJK Pembinaan Modul dan Kurikulum Pakar Turath untuk Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
      • Tenaga Pengajar Pegawai Syariah Kuliah Tafaqquh (Kitab I’anah al-Talibin) di Jabatan Kehakiman Negeri Kelantan (JKSN Kelantan)
      • Penceramah Pengajian Tafaqquh Zon Tengah dan Selatan (Kitab I'anah al-Talibin) di JKSM
      • Penterjemah Ucapan Langsung Bahasa Arab untuk ramai tokoh ulama antarabangsa (termasuk dari Al-Azhar, Syam, dan Yaman) 

3.  Peranan Utama dalam Pendidikan dan Komuniti

    • Guru Pondok di Madrasah Darul Ulum, Lanchang, Pahang (sejak 2020)
    • Pengkuliah Subuh/Maghrib di pelbagai masjid di Pahang dan Kelantan (mengajar kitab-kitab turath)
    • Penceramah Program Pengguna Bijak dan Pengguna Lestari untuk Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (PELINDUNG)  

4.  Kelayakan Akademik Tertinggi

    • Sarjana Kemahiran Fatwa Syarie' (2008) - Pusat Fatwa Republik Arab Mesir
    • Sarjana Muda Usuludin (Tafsir) (2003) - Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir
    • Sijil Tinggi Ugama (STU) (Pangkat 1) (1998) - SMU (A) Maahad Muhammadi (L)