Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Muzakarah Pemegang Tauliah Siri 1 2019 PMWP Labuan

Bertarikh 18 Jun 2019 bersamaan 14 Syawal 1440, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan telah mengadakan program Muzakarah Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Siri 1/2019.

Program tersebut diadakan sebagai kesimanbungan kepada temuduga tauliah mengajar agama Islam yang lepas. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mendedahkan isu-isu semasa serta rang undang-undang yang seharusnya diketahui olesh para pemegang tauliah mengajar setelah diberi kebenaran untuk mengajar agama Islam di Wilayah Persekutuan.

Program ini telah dilaksanakan di Dewan Syura, Masjid Jamek An-Nur Wilayah Persekutuan Labuan, dengan kehadiran peserta seramai 150 orang. Para penceramah yang telah dijemput adalah Y.Bhg Ustaz Umar Mukhtar biin Mohd Noor, Ustaz Mohd Shahrulnizam bin Muhadi dari unit Buhuth, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, serta Y.Bhg Ustaz Mohd Samadi bin Mohd Arshad, Penolong Pengarah Operasi dan Pencegahan, Unit Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).