Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

PROGRAM TEMU MESRA KELUARGA MALAYSIA: PMWP BERSAMA MASYARAKAT DI MASJID LAYANG-LAYANGAN, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

LABUAN, 22 SEPTEMBER 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) melalui Mufti Care yang berteraskan kefatwaan, keilmuan, dakwah dan kemasyarakatan telah mengadakan Program Temu Mesra Keluarga Malaysia: PMWP Bersama Masyarakat di Masjid Layang-Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan pada 22 September 2022 yang lalu. Program tersebut merupakan program kerjasama rakan strategik bersama Masjid Layang-Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Agama Islam (JAWI) Cawangan Labuan, QSR Brands KFC, Radio Malaysia Labuan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Penerangan Cawangan Labuan dan Jabatan Bomba & Penyelamat Cawangan Labuan.
 
Program tersebut telah dihadiri hampir 500 jemputan masyarakat awam di Wilayah Persekutuan Labuan. Turut dihadiri juga, pegawai-pegawai kanan PMWP serta beberapa urus setia PMWP. Program bermula sejurus sahaja selesai solat maghrib dengan Forum Perdana berkaitan “Keluarga Malaysia: PMWP Bersama Masyarakat” yang telah disampaikan oleh SS Prof. Madya Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan sebagai panel pertama dan SS Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai panel kedua dimoderatorkan Ustaz Muhammad Shafie bin Abdul Ghani selaku Naqib masjid berkenaan.
 
Kemudian program diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada pihak Masjid Layang-Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan atas penyediaan tempat pelaksanaan program dan penyampaian sumbangan kepada keluarga-keluarga asnaf yang memerlukan. Seterusnya, program berakhir dengan majlis tahnik kepada beberapa bayi yang terdiri dalam kalangan anak-anak kariah Masjid Layang-Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan selepas solat Isya’ dan pengagihan tajaan KFC dan makanan kepada masyarakat awam Labuan yang hadir.