Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

BENGKEL SEMAKAN BAHAN TERBITAN PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN SIRI 4 2022

MORIB, 28 SEPTEMBER 2022 – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) sekali lagi telah mengadakan Bengkel Semakan Bahan Terbitan PMWP Siri 4/2022 di Hotel Villea Morib, Banting Selangor yang bermula pada 26 hingga 28 September 2022. Bengkel ini telah melibatkan seramai 26 orang pegawai dan kakitangan PMWP yang terdiri daripada para pegawai penyelidik dan beberapa orang pegawai kanan PMWP.
 
Objektif utama pelaksanaan bengkel kali ini ialah bagi membuat semakan bagi beberapa bahan terbitan keluaran PMWP seperti majalah I’tisham dan buku Akidah Muslim yang akan diterbitkan pada tahun ini manakala, semakan bahan bacaan bagi buku Ensiklopedia Madrasah Ramadan pula akan diterbitkan pada tahun hadapan.
 
SS Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan telah mewakili SS Prof. Madya Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dalam majlis penutupan bagi siri ini. Melalui majlis tersebut, SS Tuan Haji Jamali merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas usaha dan penglibatan para pegawai dalam menjayakan bengkel semakan siri ini. Beliau juga berharap agar titik peluh usaha PMWP dalam menjayakan pengeluaran bahan-bahan terbitan PMWP menjadikan ia sebagai rujukan utama kepada setiap lapisan masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan.