Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+
FAQ

SOALAN 48 (29/06/2015 BERSAMAAN 12 RAMADAN 1436H)

Antara hikmah puasa itu boleh menatijahkan takwa. Apakah itu taqwa?

 

JAWAPAN

Di sini, diterangkan maksud takwa itu sendiri:

  • Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”
  • Al-Nasr Abazi Rahimahullah berkata: “Takwa ialah seorang hamba bertakwa atau memelihara selain daripada Allah SWT.”
  • Abu Bakar Muhammad al-Rauzabari Rahimahullah berkata: “Takwa ialah menjauhi apa yang menjauhimu daripada Tuhan.”
  • Talaq bin Habib Rahimahullah berkata: “Takwa ialah amalan dengan dengan ketaatan kepada Allah SWT.”
  • Abu Hafs Rahimahullah berkata: “Takwa hanya pada perkara yang halal semata-mata dan bukan yang lain.”
  • Dikatakan juga, takwa mempunyai beberapa peringkat: Bagi orang awam, dengan selamat daripada syirik. Bagi orang khusus, dengan selamat daripada maksiat. Bagi wali-wali, dengan selamat bertawassul dengan perbuatan dan bagi Nabi, takwa dengan selamat, nisbah perbuatan apabila takwa mereka daripada-Nya kepada-Nya.
  • Ibn Ataillah Rahimahullah berkata: “Takwa terbahagi kepada dua, iaitu zahir dan batin. Zahirya ialah dengan menjaga had dan batasan serta batinnya pula dengan niat dan ikhlas.”
  • Abu al-Husin al-Zanjani Rahimahullah berkata: “Siapa yang bermodalkan hartanya dan takwa, nescaya beratlah segala lidah daripada mensifatkan baunya.”
  • Al-Wasiti Rahimahullah berkata: “Takwa ialah seseorang memelihara dari takwanya, iaitu dari melihat ketakwaannya.”
  • Abdullah bin Mas’ud R.A mengatakan: “Takwa adalah kamu sentiasa mengingati Allah SWT dan tidak melupakannya, dipatuhi dan tidak diderhakai, disyukuri dan tidak diingkari.”

 

Berdasarkan takrif di atas, dapat disimpulkan bahawa takwa boleh menjadikan seseorang malakukan amar ma’ruf dan nahi munkar, di samping taqarrub kepada Allah dengan amalan sunat. Kepentingan takwa amat jelas apabila dinyatakan bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa.