Bahasa : 
Warna Tema : 
blue green oren
Saiz Teks : 
A- A A+

Ditulis oleh:

Khairul Anuar bin Yazid (Ketua Unit Falak PMWP)

Mukadimah

Penciptaan alam semesta ini adalah merupakan salah satu daripada tanda kebesaran Allah Taala yang nyata. Penciptaan ini juga meliputi penciptaan matahari dan bulan yang menentukan fenomena siang dan malam yang berlaku di muka bumi ini supaya manusia dapat memperoleh manfaat daripadanya. Kebesaran dan kekuasaan Allah Taala meliputi keseluruhan aspek kehidupan Manusia seperti yang telah diperjelaskan oleh Allah Taala di dalam Al-Quran dengan Firman-Nya :

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَالْفُلْكِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِمَا يَنفَعُ النَّاسَ وَمَا أَنزَلَ اللَّـهُ مِنَ السَّمَاءِ مِن مَّاءٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَابَّةٍ وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ وَالسَّحَابِ الْمُسَخَّرِ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿١٦٤﴾

Maksudnya : “ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kekuasan Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”

(Surah Al-Baqarah : ayat 168)

Setiap peredaran yang berlaku di cakarewala ini telah ditentukan oleh Allah dan kesemua itu beredar pada tempat peredaran masing-masing. Ini merupakan suatu bentuk kekuasaan dan keagungan Allah Taala yang tidak dapat ditandingi dengan akal dan kepintaran manusia. Ini dapat dibuktikan dengan  Firman Allah Taala :

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ ﴿٣٣﴾

Maksudnya : “ Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan tiap-tiap satunya beredar terapung-terapung di tempat peredarannya masing-masing”

(Surah Al-Anbiyya : ayat 33)

 

Mengenai Bulan

Bulan merupakan satelit semulajadi bumi dan ianya bergerak mengelilinginya. Setiap planet yang berada di dalam sistem suria ini mempunyai bulan-bulan tersendiri yang mengelilinginya dan juga bertindak sebagai satelit semula jadi. Walaubagaimana pun, Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri, sebaliknya menerima cahaya daripada Matahari.

Terdapat banyak aspek dan hikmah mengenai bulan yang mempengaruhi kehidupan Manusia sebagai contohnya penentuan tarikh-tarikh  bulan islam yang menggunakan peredaran bulan sebagai sumber rujukan dan juga digunakan untuk beberapa tujuan yang lain. Ini menunjukkan bahawa betapa dekatnya pengaruh bulan kepada kehidupan Manusia.  Ini bertetapan dengan Firman Allah Taala :

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّـهُ ذَٰلِكَ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ ﴿٥﴾

Maksudnya : “Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).”

(Surah Yunus : ayat 5)

Dan ia juga dapat menentukan sesuatu waktu atau musim yang khusus seperti musim haji yang merupakan musim yang di mana, setiap manusia yang beragama islam di seluruh dunia akan menuju ke Mekah bagi melakukan ibadah haji dan umrah. Ini berdasarkan firman Allah Taala:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ ۖ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ ۗ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَن تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِن ظُهُورِهَا وَلَـٰكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَىٰ ۗ وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿١٨٩﴾

Maksudnya : “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."

(Surah Al-Baqarah : ayat 189)

Fenomena Gerhana Bulan

Fenomena gerhana bulan pula telah didefinisikan kejadiannya ketika bumi berada di tengah-tengah di antara matahari dan bulan. Fenomena ini akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika gerhana bulan berlaku, cahaya bulan akan berubah menjadi kemerahan secara perlahan sehingga bulan telah melepasi bumi. Dan peredaran ini hanya berlaku pada sesuatu masa yang tertentu. Allah Taala berfirman di dalam Al-Quran:

وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ 

Maksudnya : “Dan Bulan pula kami takdirkan Dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga diakhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.”

(Surah Yasin : ayat 39)

Jenis Gerhana Bulan

Terdapat beberapa jenis kejadian Gerhana Bulan yang berlaku diantaranya ialah :

 

 

  • Gerhana Bulan Penuh

Gerhana ini berlaku apabila Bulan berada tepat di kawasan Umbra.

  • Gerhana Bulan Separa

Gerhana ini berlaku apabila terdapat sebahagian daripada Bulan yang terhalang daripada cahaya Matahari disebabkan dihalang oleh Bumi.

  • Gerhana Bulan Panumbra

Gerhana berlaku apabila keseluruhan bahagian Bulan berada pada bahagian Panumbra. Pada keadaan ini, Bulan masih lagi kelihatan tetapi warnanya akan sedikit suram.

Gerhana Bulan Adalah Tanda Kekuasaan Dan Kebesaran Allah Taala

Peristiwa gerhana adalah antara peristiwa-peristiwa yang berlaku bukan secara kebetulan tetapi ia merupakan suatu “Sunnatullah” yang telah diaturkan oleh Allah Taala. Firman Allah Taala di dalam surah Al-Fath:

سُنَّةَ اللَّـهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا ﴿٢٣﴾

Maksudnya : “Sebagai suatu Sunnatullah yang berlaku dahulu kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.”

(Surah Al-Fath : ayat 23)

Kekuasaan Allah Taala tidak dapat diukur oleh kemampuan manusia secara khususnya dan pada makhluk secara umumnya. Peristiwa-peristiwa alam yang begitu banyak dan mengagumkan, tiada yang lain hanya merupakan sebagian dari bukti-bukti kekuasaan Allah yang diperlihatkan kepada makhluk-makhluknya. Oleh hal yang demikian salah satu tanda kekuasaan Allah Taala dalam peredaran bulan, matahari dan b umi adalah kejadian Gerhana Bulan.

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW telah bersabda :

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَافْزَعُوا لِلصَّلَاةِ وَقَالَ أَيْضًا فَصَلُّوا حَتَّى يُفَرِّجَ اللهُ عَنْكُمْ

Maksudnya: “Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang”, dan baginda bersabda: “maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh Allah kepada kamu semua (bulan dan matahari)”

Riwayat al-Bukhari (1058) dan Muslim (901). Hadis dengan lafaz Muslim.

 

Gerhana Bulan Penuh 2018

Gerhana Bulan penuh tahun ini akan berlaku sebanyak dua kali, iaitu pada 31 Januari dan 28 Julai dan akan kelihatan di seluruh Malaysia. Kejadian ini berlaku apabila jasad bulan memasuki kawasan bayang-bayang bumi yang berada di angkasa lepas.

 

 

Ia hanya boleh berlaku ketika Bulan berada di dalam fasa bulan penuh sahaja. Ketika ini juga Matahari, Bumi dan Bulan berada di dalam satu garisan lurus yang sempurna.

Maklumat gerhana adalah seperti jadual berikut :

   

TARIKH

PENUMBR A

(P1)

SEPARA MULA

(U1)

PENUH MULA

(U2)

KEMUNCA K

(MAX)

PENUH TAMAT

(U3)

SEPARA TAMAT

(U4)

PENUMBR A

(P4)

TEMPOH GERHANA

 

PENUMBRA

UMBRA

TOTAL

31 Januari

18.51 ptg

19.48 ptg

20.51mlm

21.29mlm

22.07mlm

23.11mlm

00.08 pg

(1 Feb)

5j 17m 12s

3j 22m 44s

1j 16m 4s

Kedudukan

alt : -60

Az:720

alt : 60

Az:730

alt : 200

Az:720

alt : 290

Az:720

alt : 380

Az:700

alt : 520

Az:650

alt : 640

Az:550

2.2941

1.3155

 

KECERAHAN

(magnitude)

28 Julai

1.14 pg

2.24 pg

3.30 pg

4.21 pg

5.13 pg

6.19 pg

7.28 pg

6j 13m 48s

3j 54m 32s

1j 42m 57s

 

Kedudukan

alt : 670

Az:1800

alt : 610

Az:2160

alt : 500

Az:2410

alt : 390

Az:2410

alt : 280

Az:2460

alt : 130

Az:2490

alt : -020

Az:2510

2.6792

1.6087

 

KECERAHAN

(magnitude)

**Data mengambil rujukan lokasi Masjid Negara, Kuala Lumpur.

 

Gerhana Bulan Penuh pada 28 Julai ini akan berlaku pada tengah malam berbanding 30 Januari yang lalu berlaku pada waktu maghrib.  Fasa panumbra akan boleh dilihat bermula jam 1.14 pagi dan boleh dilihat pada arah selatan. Waktu kemuncak gerhana yakni pada keadaan bulan berada pada kedudukan umbra yakni kawasan bayang bumi yang paling gelap sekitar jam 4.21 pagi pada arah sekitar barat dan ketinggian 39 darjah dari ufuk.  Waktu kemuncak ini boleh dilihat selama hampir 4 jam. Bagi para penyelidik dan juga amatur astronomi adalah satu kesempatan bagi mereka untuk merakam gambar gerhana bulan bagi kajian-kajian tertentu. Bagi orang awam, boleh melihat gerhana dengan menggunakan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alatan optik seperti binokular dan teleskop.

 

Gerhana Bulan Dari Tahun 2018 Hingga 2020

Jika kita  lihat pada jadual di bawah, bagi kawasan Asia termasuk Malaysia, 2018 merupakan tahun terakhir bagi gerhana bulan penuh. Tahun 2019 berlaku juga gerhana bulan penuh tetapi ia tidak melalui kawasan Asia tetapi hanya melalui kawasan sebelah barat melibatkan Negara Eropah , Amerika dan sebagainya. Sewajarnya kita sama-sama menyaksikan kebesaran kejadian Allah Taala serta menunaikan tuntutan syariat seperti melakukan solat sunat gerhana, bersedekah, memohon keampunan (istighfar), berdoa dan sebagainya.

Tarikh

Jenis Gerhana

Negara

31 Januari 2018

Penuh

Asia (Malaysia), Australia, Amerika Utara

27 Julai 2018

Penuh

Amerika Selatan, Asia (Malaysia), Afrika

21 Januari 2019

Penuh

Afrika, Amerika, Eropah

16 Julai 2019

Separa

Asia (Malaysia), Asutria, Afrika, Eropah

10 Januari 2020

Panumbra

Asia (Malaysia), Afrika, Eropah

5 Jun 2020

Panumbra

Eropah, Afrika, Malaysia

5 Julai 2020

Panumbra

Amerika, Eropah, Afrika

30  November 2020

Panumbra

Asia (Malaysia), Amerika

 

Rujukan

  1. Teori praktik ilmu falak
  2. Falakonline.net
  3. Stellarium
  4. http://xjubier.free.fr/en/site_pages/Lunar_Eclipses.html