Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #14 : NASIHAT BAGI HAMBA YANG RASA BERDOSA

SOALAN 14 (27 APRIL 2015 BERSAMAAN 8 REJAB 1436H)

Saya adalah seorang hamba Allah yang derhaka dan banyak dosa dan ingin mohon nasihat dari ustaz.

 

JAWAPAN

Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada puan kerana mengirim mesej ini. Agama dibina atas dasar nasihat. Saya syorkan kepada puan beberapa perkara.

  • Lakukan solat lima waktu pada awal waktu.
  • Tambahkan dengan solat-solat sunat.
  • Rajinkan kaki melangkah ke masjid terutamanya menghadiri majlis ilmu.
  • Jadikan setiap hari sentiasa membaca Quran walaupun satu ayat.
  • Banyakkan zikrullah.
  • Lazimilah istighfar
  • Bangunlah bertahajud pada waktu malam walaupun dua rakaat Cuma
  • Sambunglah hubungan silaturrahim.
  • Hormatilah dan kasihilah ibu bapa.
  • Sayangilah anak-anak dan keluarga.
  • Berilah bantuan kepada seseorang yang memerlukan bantuan walaupun sedikit Cuma
  • Masukkanlah sedekah ke dalam tabung masjid walaupun hanya 10 sen.
  • Bercakaplah dengan bahasa yang baik sekalipun dalam keadaan beremosi.
  • Redhalah dengan qadha Allah
  • Syukurlah kepada-Nya

 

Semoga sedikit nasihat ini memberi kekuatan kepada kita semua dalam menjadikan diri kita ini di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh. Amin.