Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #921: BAPA ENGGAN MENJADI WALI NIKAH

BAPA ENGGAN WALI.JPG

 

Soalan

Assalamualaikum SS Datuk Mufti. Jika bapa enggan menjadi wali, siapakah yang sepatutnya menjadi wali kepada anak perempuannya sedangkan keluarganya daripada kalangan adik beradik dan bapa saudaranya masih ada?

 

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Dalam isu ini, sepatutnya bapa menjadi wali kerana beliau termasuk dalam wali mujbir. Tetapi jika bapa enggan, maka wali yang berhak untuk mengahwinkannya berpindah kepada pemerintah atau sultan. Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

فَالسُّلْطَانُ وَلِيُّ مَنْ لاَ وَلِيَّ لَهُ

Maksudnya: “Maka sultan ialah wali kepada siapa yang tidak mempunyai wali.”

Riwayat Abu Daud (2083) dan Ibn Majah (1879) dan
al-Tirmizi (1102). Beliau berkata hadis ini hasan.

Guru kami berkata: Apabila seorang perempuan yang baligh dan berakal mahu berkahwin dengan seorang yang sekufu dengannya, wali wajib mengahwinkannya. Jika wali enggan walaupun bapanya sendiri, perkahwinan tersebut diwalikan oleh sultan. Hal ini kerana mengahwinkan perempuan dengan yang sekufu adalah tanggungjawab wali. Jika mereka enggan menunaikan tanggungjawab tersebut, maka hakimlah yang melaksanakannya. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/572)

 

Lihat juga ulasan kami berkaitan isu ini dalam siri-siri berikut:

  • Al-Kafi #879 : Nikah Tanpa Berwalikan Bapa [1]
  • Al-Kafi #498: Guna Wali Hakim Kerana Bapa Tidak Bersetuju [2]
  • Irsyad al-Fatwa Siri ke-256 : Nikah Siam Tanpa Wali Mujbir [3]
  • Irsyad al-Fatwa ke-16: Wali Bapa Masih Hidup Tetapi Tidak Dapat Dikesan [4]

 

 Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita dalam mengikut Syariat-Nya. Amin.

 

Nota Hujung:

[1] Lihat http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2733-al-kafi-879-nikah-tanpa-berwalikan-bapa?highlight=WyJ3YWxpIl0=

[2] Lihat http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2092-al-kafi-498-wali-enggan?highlight=WyJ3YWxpIl0=

[3] Lihat http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2670-irsyad-al-fatwa-siri-ke-256-nikah-siam-tanpa-wali-mujbir?highlight=WyJ3YWxpIl0=

[4] Lihat http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2055-16?highlight=WyJ3YWxpIl0=