Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

QALAM MUFTI #20: TAKZIAH DAN DOA UNTUK INDONESIA

takziah 2.JPG

 

Menginsafi apa yang terjadi dalam waktu yang amat singkat, tsunami sekali lagi melanda Indonesia, kali ini di Selat Sunda.

Sekalung takziah dan kami ucapkan:

إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

(Surah al-Baqarah: 156)

Menurut Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia (BNPB), tsunami tersebut dipercayai berpunca daripada gelongsoran plat bawah laut berikutan aktiviti air pasang besar dan letusan gunung berapi Anak Krakatau yang membentuk pulau kecil di Selat Sunda antara Jawa dan Sumatera.[1]

Setakat ini, akhbar melaporkan korban bencana tsunami yang melanda selatan Sumatera dan barat Jawa mencecah 281 orang. [2]

Kami amat sedih dengan apa yang berlaku. Semoga ketabahan mengiringi saudara-saudara kita di sana.

Marilah sama-sama kita hulurkan bantuan untuk saudara-saudara kita ini dengan kemampuan yang ada.

Kami akhiri dengan memohon kepada-Nya:

اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الغَلاَء وَالوَبَاء وَالرِّبَا وَالزِّنَا والزَّلاَزِلَ وَالمِحَنَ وَسُوْءَ الْفِتَنِ مَاظَهَرَ مِنْهَا وَمَابَطَنَ

Maksudnya: Ya Allah lindungilah kami daripada harga barang yang melambung, waba’, riba, zina, gempa bumi, ujian, fitnah yang buruk, dari apa yang zahir dan yang terlindung.

 

Akhukum fillah,

SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Isnin 24 Disember 2018.

 

Nota Hujung:

[1] Lihat akhbar Kosmo. http://www.kosmo.com.my/terkini/20-terbunuh-tsunami-landa-indonesia-1.809675 . Akses pada 24 Disember 2018.

[2] Lihat laporan akhbar Utusan. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/korban-tsunami-selat-sunda-meningkat-281-orang-1.810104 . Akses pada 24 Disember 2018.