Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

QALAM MUFTI #40: ALHAMDULILLAH, SEMOGA SEMBUH DENGAN SEGERA

semoga segera sembuh adik ainul.JPG

 Kredit foto: Harian Metro

Pada pagi yang mulia ini, kami menatap beberapa akhbar yang memperihalkan kisah Ainul Mardhiah – bayi berusia sembilan bulan, yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ – telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital.

Ketumbuhan pada mulutnya yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, telah berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital tersebut, Prof David Dunaway.

Kepada bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan isterinya Nurul Erwani Zaidi, kami ucapkan tahniah. Semoga ketabahan sentiasa bersama anda berdua dan menjadi lebih ceria dengan keadaan anakanda Ainul Mardhiah.

Sekali lagi, kami berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan kepada anakanda yang kecil ini dan kesihatan yang baik dalam melayari bahtera kehidupan yang mendatang. Amin.

Selamat hari raya.

8 Syawal 1440 Hijrah bersamaan 12 Jun 2019.