Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Seminar Bayan Al-Aqidah Siri 2/2017

Seminar Bayan Al-Aqidah Siri 2/2017 telah diadakan pada 26 September 2017 di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan. Sasaran peserta pada kali ini adalah terdiri daripada kakitangan awam, institusi pendidikan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO Islam) dan masyarakat awam di sekitar Lembah Klang. 

Isu yang dibawa pada siri ini adalah “Gerakan Kristianisasi di Malaysia” disampaikan oleh Haji A. Karim Omar, “Gejala Murtad Dalam Kalangan Muallaf: Satu Perkongsian” disampaikan oleh En. Mohamad Razif bin Mohd Fuad. Manakala Forum bertajuk “Ancaman Akidah Kontemporari” dikupas oleh Prof. Madya Dr. Shamrahayu bt. Ab. Aziz dan Dr. Muhammad Arifin bin Ismail dan En. Mafis bin Mohd Samuri sebagai Moderator.

Seminar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan respon positif yang diberikan oleh para peserta yang hadir melalui sesi soal jawab dan borang penilaian.


Print   Email
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+