Language Options:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Majlis Penyampaian Surat Serah Tugas Unit Konsultasi Akidah

Tanggal 10 Mac 2017, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengorak selangkah lagi dengan penerimaan Perintah Mahkamah Bagi Menjalankan Sesi Konsultasi Akidah Kes Perisytiharan Status Agama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis bersejarah ini diraikan dengan penyampaian Surat Serah Tugas oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang diwakili oleh Tuan Haji Hashim bin Salleh, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan.

Majlis diadakan di Dewan Syura Perdana, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari kedua-dua agensi. Dengan penyerahan rasmi ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui Unit yang baharu diwujudkan iaitu Unit Konsultasi Akidah akan mengendalikan kes-kes yang berkaitan individu muslim yang berhasrat untuk menukar agama atau murtad.


Print   Email
  • A A
    Reset | PT Sans
  • A- A A+