Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

MENABUR BAKTI DI PULAU MUTIARA LAUT CHINA SELATAN

PUTRAJAYA, 11 FEBRUARI 2021- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) ingin mengucapkan tahniah serta setinggi-tinggi penghargaan dan selamat maju jaya kepada 6 orang pegawai yang akan berangkat ke PMWP Cawangan Labuan, pada 15 Februari 2021 ini. Mereka adalah Muhammad Ilhamuddin bin Arsad, Halimatul Saadiah binti Ghazuli, Muhammad Muazul Amin bin Mohd Adlan, Nor Ezwainnis binti Azmi, Mohammad Muslim bin Hashim dan Intan Nor Syahadah binti Mansor.

Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman Bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan turut menzahirkan ucapan tahniah kepada mereka kerana melepasi tapisan yang membolehkan penugasan ke PMWP Cawangan Labuan dan mengkhabarkan ianya sebagai satu pengalaman yang begitu berharga buat mereka.

Satu majlis bagi meraikan telah diadakan pada 11 Februari 2021, Program Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (BAKSWIP) bagi menyemai rasa mahabbah sebagai satu pasukan yang berterusan.