Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

KUNJUNGAN HORMAT SHEIKH DR. AMJAD RASYID MUHAMMAD ALI KEPADA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

PUTRAJAYA, 29 SEPTEMBER 2022 – Sahibus Samahah Prof. Madya Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan hormat daripada Sheikh Dr. Amjad Rasyid Muhammad Ali, Dekan Fakulti Syafie, The World Islamic Science & Education University (WISE) juga merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Jordan dan beberapa orang pegawai pengiringnya ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) pada 28 September 2022 semalam. Kehadiran ahli rombongan ke PMWP disambut baik dan mesra oleh SS Prof Madya Datuk Dr. Luqman.
 
Melalui pertemuan ini, SS Prof Madya Datuk Dr. Luqman dan Sheikh Dr. Amjad Rasyid serta ahli rombongan telah bertukar-tukar pandangan dan maklumat berkaitan beberapa perkara ilmiah dan isu-isu semasa agama di Malaysia. SS Prof Madya Datuk Dr. Luqman turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas kunjungan Sheikh Dr. Amjad Rasyid dan rombongannya ke PMWP. Semoga pertemuan ini mendatangkan natijah dan manfaat kepada semua pihak yang hadir.