Pilihan Bahasa:

hubungi2maklumbalas2peta2

UNDANGAN PANEL PROGRAM ANALISIS: "PARTI BUKAN AGAMA"

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2026 - Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah menjadi panel dalam program Analisis: Parti Bukan Agama yang disiarkan secara langsung menerusi TV AlHijrah.

Program ini turut menampilkan YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, Penasihat Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia (Malaysia), manakala sesi perbincangan dikendalikan oleh Tuan Amin Idris selaku hos.

Perbincangan memberi tumpuan kepada kefahaman konsep hubungan antara agama dan politik menurut perspektif Islam, di samping menjelaskan bahawa Islam merupakan agama yang membawa panduan menyeluruh terhadap kehidupan termasuk aspek pentadbiran, keadilan, amanah, integriti dan kemaslahatan masyarakat. Para panel turut mengupas kepentingan menilai sesebuah parti atau kepimpinan berdasarkan prinsip-prinsip syariah, nilai moral serta komitmen dalam menegakkan keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Program ini diharapkan dapat memberikan pencerahan kepada masyarakat agar memahami isu-isu semasa secara berilmiah, berhemah dan berpandukan neraca syariah dalam membentuk pemikiran yang matang serta bertanggungjawab.