PUTRAJAYA, 14 Ogos 2026 – Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) telah mengadakan sesi tausiah khas yang disampaikan oleh Prof. Dr. Syeikh Fadhl Abdullah Murad, Penolong Setiausaha Agung dan Ketua Fatwa Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa (IUMS), berkaitan dengan peranan fatwa dalam institusi.
Dalam tausiah tersebut, beliau menekankan bahawa institusi fatwa mempunyai peranan penting dalam memberikan panduan dan pencerahan kepada masyarakat berhubung isu-isu agama serta persoalan semasa yang memerlukan penjelasan hukum berdasarkan sumber-sumber syarak yang muktabar.
Beliau turut mengingatkan bahawa tugas dalam institusi fatwa bukan sekadar menjawab persoalan hukum, bahkan merangkumi tanggungjawab memberikan panduan, pencerahan dan penyelesaian terhadap isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan masyarakat serta pembangunan ummah.
Sesi tausiah ini turut memberikan pendedahan dan pengukuhan kefahaman kepada warga JMWP mengenai amanah serta tanggungjawab yang digalas oleh institusi fatwa dalam memelihara kefahaman agama dan kemaslahatan umat Islam.
Penganjuran sesi ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan dan kefahaman warga JMWP terhadap peranan strategik institusi fatwa serta meningkatkan komitmen dalam melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh integriti, ilmu dan hikmah.