Pilihan Bahasa:

hubungi2maklumbalas2peta2

TAUSIYAH SYAHRIYYAH & EXECUTIVE TALK “MITOS-MITOS O&G”

PUTRAJAYA, 27 Ogos 2026 – Unit Komunikasi Korporat telah menganjurkan Program Tausiyah Syahriyyah & Executive Talk “Mitos-mitos O&G” bertempat di Dewan Syura, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Program dimulakan dengan tausiyah yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan yang menekankan kepentingan tanggungjawab dan amanah dalam melaksanakan tugas serta pekerjaan. Sahibus Samahah turut mengingatkan agar setiap amanah yang diberikan dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, integriti dan rasa tanggungjawab kerana pekerjaan merupakan sebahagian daripada amanah yang akan dipertanggungjawabkan.

Program kemudiannya diteruskan dengan sesi Executive Talk “Mitos-mitos O&G” yang disampaikan oleh Professor Dr. Imelda Nasreen Nasruddin @ Balchin, Consultant Obstetrician & Gynaecologist, Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine.

Sesi tersebut memberikan pendedahan dan penjelasan berkaitan pelbagai mitos serta salah faham dalam bidang obstetrik dan ginekologi (O&G), sekali gus memberi kefahaman yang lebih tepat kepada para peserta.

Penganjuran program ini menjadi platform perkongsian ilmu yang bermanfaat dalam memperkukuh nilai amanah dalam pekerjaan serta meningkatkan kefahaman peserta melalui perkongsian daripada perspektif agama dan kepakaran perubatan.