KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2026 - Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah menghadiri Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) 2026 yang menghimpunkan para cendekiawan Syariah, ahli akademik serta tokoh dalam bidang kewangan Islam bagi membincangkan perkembangan dan isu semasa berkaitan Syariah dan industri kewangan Islam.
Dalam persidangan tersebut, Sahibus Samahah telah diberikan amanah sebagai pengulas bagi salah satu sesi perbincangan yang diadakan. Peranan tersebut memberi ruang kepada Sahibus Samahah untuk mengemukakan pandangan, ulasan serta perspektif Syariah terhadap isu dan perkara yang dibentangkan oleh para pembentang.
Penyertaan Sahibus Samahah dalam persidangan ini turut mencerminkan komitmen Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam memperkukuh jaringan keilmuan dan kerjasama dengan para cendekiawan Syariah serta pemain industri kewangan Islam di peringkat antarabangsa.
Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sentiasa bersedia untuk menyumbang kepakaran dan pandangan dalam platform ilmiah yang membincangkan isu-isu Syariah semasa demi memperkukuh pembangunan ekosistem kewangan Islam yang selaras dengan prinsip Syariah.