KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2026 – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, menghadiri Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-66 yang menghimpunkan peserta dari pelbagai negara di seluruh dunia. Penganjuran majlis ini menyemarakkan kecintaan terhadap al-Quran di samping mempererat ukhuwah umat Islam merentas sempadan negara.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. Turut hadir ialah YB Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), serta YB Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha memartabatkan tilawah dan hafazan al-Quran terus menyuburkan budaya membaca, memahami dan menghayati kalam Allah SWT sebagai panduan dalam kehidupan seharian.