Pilihan Bahasa:

hubungi2maklumbalas2peta2

MAJLIS TAHNIK PERDANA BERSAMA ZAYAN DI HOSPITAL PAKAR AN-NUR

BANGI, 18 November 2026 – Sahibus Samahah Tuan Haji Ahmad Fauwaz bin Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan telah menyempurnakan Majlis Tahnik Perdana bersama ZAYAN yang berlangsung di Hospital Pakar An-Nur.

Dalam majlis tersebut, Sahibus Samahah telah melaksanakan tahnik ke atas seramai 74 orang bayi yang menyertai program berkenaan. Majlis ini merupakan satu usaha menyemarakkan amalan sunnah Rasulullah SAW serta memperkenalkan amalan tahnik kepada para ibu bapa sebagai sebahagian daripada penghayatan kehidupan beragama sejak kelahiran anak.

Penganjuran majlis ini turut menjadi platform mengeratkan hubungan antara institusi agama, pihak hospital dan masyarakat dalam menyuburkan amalan Islam serta membina generasi yang dekat dengan ajaran al-Quran dan sunnah.

JMWP merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak ZAYAN serta Hospital Pakar An-Nur atas penganjuran majlis dan jemputan yang diberikan. Semoga usaha seumpama ini terus memberi manfaat kepada masyarakat.