Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

SOKONGAN KEPADA KENYATAAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI BERHUBUNG ISU PALESTIN

Kami daripada pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyokong penuh kenyataan dan perisytiharan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom berhubung status Masjid Wilayah Persekutuan sebagai Masjid Angkat kepada Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Umum mengetahui bahawa Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis berada di daerah yang dipanggil Jerusalem oleh Zionis sebagai ibu negara Israel yang tidak diiktiraf Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Malaysia. Namun, Amerika Syarikat melalui Presiden Donald Trump telah mengiktraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel seterusnya mengeruhkan proses damai antara kerajaan Israel dan Palestin.  

Kami berharap dengan perisytiharan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai Masjid Angkat akan mempromosikan aktiviti-aktiviti kesedaran dan keprihatinan terhadap isu-isu Baitul Maqdis yang sangat dicintai oleh kita rakyat Malaysia. Umat Islam wajib bersatu dalam menyokong perjuangan pembebasan rakyat Palestin dan menjaga kesucian Baitul Maqdis. Selain itu, kami harapkan agar segenap masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama menyokong dan mendokong perjuangan rakyat Palestin dengan kempen kesedaran dan bantuan kemanusiaan semampu mungkin.

Akhukum fillah,

Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri,

Mufti Wilayah Persekutuan,

11 Disember 2017 bersamaan 22 Rabiul Awwal 1439H

Rujukan:

  1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/361979/masjid-wilayah-persekutuan-masjid-angkat-masjid-al-aqsa
  2. https://www.utusan.com.my/berita/nasional/masjid-wilayah-masjid-angkat-masjid-al-aqsa-1.570889