Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

Pelancaran Kitab Matla’ Al-Badrain

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sekali lagi memahat kenangan manis dengan Pelancaran Kitab Matla’ al-Badrain yang disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato; Seri Jamil Khir bin Hj Bahrum (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pelancaran Kitab ini diadakan bersempena Majlis Perhimpunan Agensi-agensi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2017 yang lalu di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya. Semoga usaha murni yang dilaksanakan oleh PMWP ini akan menjadi sedekah jariah yang berpanjangan untuk seluruh ummah.