Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #312 : MENJUAL HARTA WAQAF UNTUK PEMBINAAN BARU

 

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 312 (1 JULAI 2016 M / 26 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum yang dihormati Dato Dr Mufti .Disini saya ingin mendapat penjelsan berhubong dgn Harta Wakaf. Contohnya barangan yg di wakaf untuk membina Masjid Atau pun Surau seperti bumbong dan sebagainya apabila masjid tersebut hendak di bina semula Adakah harta wakaf yg lama bleh djual dan wang tersebut di ambil untuk pembinaan semula...sekian wslm..

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Saya berpendapat sebaiknya kita gunakan dahulu sehabis mungkin bahan-bahan daripada masjid atau surau lama itu untuk pembinaan bangunan baru. Saya cadangkan agar perkara ini dibawa bincang dengan wakil kerajaan seperti jabatan dan majlis agama kerana mereka adalah mutawalli am yang menguruskan harta waqaf.

Wallahua’lam.