Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #274 : MAKSUD NAMA HUMAIRAH

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 274 (19 MEI 2016 M / 11 SYAABAN 1437 H)

SOALAN:

Assalam Datuk... apa makna sebenar "humairah"
Anak saya nama humairah ada yg cakap maknanya kurang elok. Jazakallah Datuk

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Nama “Humairah” jika dibaca dengan حُمَيْرَة membawa maksud: sejenis burung kecil yang dadanya kemerah-merahan. Adapun, “Humaira’” atau حُمَيْرَاء membawa erti putih kemerahan-kemerahan yang melambangkan kecantikan. Ini juga ialah nama panggilan Saidatina Aisyah binti Abu Bakar R.anhuma, yang disukai oleh Rasulllah SAW.

Wallahua’lam.

Imej diperoleh dari Mekshat