Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #265 : TIDAK BERJAYA JUMPA PEMIUTANG

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 265 (9 MEI 2016 M / 2 SYAABAN 1437 H)

SOALAN:

Pada tahun 2008, ibu sy membeli pemanggang dgn cara ansuran dan org itu berjanji akan datang memungut hutang. Sebulan kemudian, ibu saya meninggal dunia. Masalahnya, pemungut hutang berkenaan langsung tidak pernah muncul. Saya bertanya kepada kawan² arwah ibu tetapi tiada siapa yang tahu. Baru² ini saya terjumpa jiran lama kami dan dia berjanji akan memberikan nombor telefon pemungut hutang tetapi sehingga kini, tiada jawapan. Sudah berkali-kali saya meminta, dia hanya berkata akan beri tanpa mengotakan janjinya. Saya tidak pasti adakah syarikat pemanggang itu sudah bankrap atau sebaliknya. Bagaimanakah cara terbaik untuk saya melunaskan hutang arwah ibu itu sebab pencarian saya menemui jalan buntu. Terima kasih ustaz.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Antara tujuan syariah Islam ialah penjagaan harta. Justeru, hak bahagian harta tersebut sememangnya menjadi hak penjual. Namun begitu, dalam ketika tidak ditemui penjual itu setelah dilakukan semua usaha yang mungkin, maka kami cadangkan agar harta tersebut diserahkan kepada pihak Baitulmal untuk diuruskan. Pun begitu, jika masih ada peluang untuk mencarinya, sebaiknya disimpan terlebih dahulu bahagian tersebut sehingga berjumpa cara membayar kepada penjual itu.

 

Wallahua'lam

 

Imej diperoleh dari Dreamstime