Pilihan Bahasa:

faq2hubungi2maklumbalas2peta2

AL-KAFI #410 : AMALAN-AMALAN DALAM BULAN MUHARAM

AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 410 (24 OKTOBER 2016 M / 23 MUHARRAM 1438 H)

SOALAN:

Assalamualaikum wrt wbt.

Moga admin dan group dirahmati dan diberkatiNya..
Sy ada satu soalan:
10 Muharram 1438H merupakan Hari Asyura. Antara amalan yang digalakkan untuk kita amalkan termasuklah:
* Melakukan sembahyang sunat
* Berpuasa
* Menghubungkan silaturrahim
* Bersedekah
* Membersihkan diri (mandi sunat)
* Memakai celak (bagi lelaki)
* Menziarahi orang-orang alim
* Menziarahi orang-orang sakit
* Menyapu kepala anak-anak yatim
* Meluaskan makanan kepada ahli keluarga
* Memotong kuku
* Membaca surah al-Ikhlas 1000x
Ini antara yg diviralkan setiap kali datangnya bulan muharram. Persoalan benarkah amalan2 diatas antara yg digalakkan ketika bulan muharram?
Jazakumullahu khairan kathira.

 

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Berpuasa pada Hari Asyura sememangnya digalakkan, disertai dengan hari sebelum dan selepas berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW. Amalan-amalan lain yang disebutkan pada asalnya hukum melaksanakan ialah sunat dan berpahala berdasarkan hadis-hadis lain bersikap umum. Mungkin juga itu adalah amalan para ulama silam. Tidak ada masalah untuk melakukannya selagi mana tidak disandarkan kepada Nabi SAW seperti fadilat khusus di dalam Hari Asyura. Seperti mana yang diketahui bulan Muharram termasuklah dalam senarai bulan-bulan haram, justeru amalan baik akan dilipat gandakan pahalanya.

Rujuk kenyataan kami di:

1) Bayan Linnas Siri ke-39 : https://goo.gl/Q4fa9A
2) Irsyad al-Fatwa Siri ke-135 : https://goo.gl/62IKo4
3) Irsyad al-Hadith Siri ke-46 : https://goo.gl/QFTrGZ

Wallahua’lam.